Kenaikan dan penurunan takhta Raja Edward VIII Elizabeth_Bowes-Lyon

Pada 20 Januari 1936, Raja George V mangkat dan kakanda Putera Albert, Edward, Putera Wales, menjadi Raja Edward VIII. George telah menzahirkan kesangsian peribadi tentang penggantinya, dengan bertitah, "Beta berdoa Tuhan yang putera sulung beta tidak akan berkahwin dan tiada yang akan menghalang antara Bertie dan Lilibet dan takhta."[42]

Hanya beberapa bulan dalam pemerintahan baginda, Raja Edward memaksa krisis perlembagaan dengan berkeras untuk mengahwini janda cerai Amerika Wallis Simpson. Walaupun secara sah Edward boleh mengahwini Simpson, sebagai Raja, baginda juga ketua Gereja England, yang pada masa itu tidak membenarkan orang yang telah bercerai untuk berkahwin semula. Para menteri Raja Edward percaya yang rakyat tidak akan menerima Simpson sebagai Permaisuri dan menasihat menentang perkahwinan itu. Sebagai seorang raja berperlembagaan, Edward terpaksa mengikut nasihat menteri.[43]

Daripada meninggalkan rancangannya untuk mengahwini Simpson, baginda memilih untuk turun takhta untuk Putera Albert,[44] yang dengan berat hati menjadi Raja di tempatnya pada 11 Disember 1936 di bawah nama pemerintah Raja George VI. Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth dimahkotakan Raja dan Permaisuri Great Britain, Ireland dan Dominion British, dan Maharaja dan Maharani India di Westminster Abbey pada 12 Mei 1937, tarikh sebelum ini dijadualkan untuk Raja Edward VIII. Mahkota Permaisuri Elizabeth diperbuat daripada platinum dan bertahtakan intan Koh-i-Noor.[45]

Edward dan Simpson berkahwin dan menjadi Duke dan Duchess Windsor, tetapi sementara Edward mendapat gelaran Royal Highness (Yang Teramat Mulia), Raja George VI enggan mengurniakan gelaran kepada Duchess, keputusan yang sokong Elizabeth.[46] Elizabeth kemudian memetik merujuk Duchess sebagai "wanita itu",[47] dan Duchess merujuk Elizabeth sebagai "Cookie", disebabkan oleh keserupaan yang dikatakan baginda dengan seorang tukang masak Scots yang gemuk.[6] Dakwaan yang Elizabeth kekal berasa murka dan duka cita terhadap Duchess itu disangkal oleh kawan rapat baginda; Duke Grafton menulis yang baginda "tidak pernah berkata cabul terhadap Duchess Windsor, kecuali berkata baginda memang tidak tahu langsung perkara yang baginda sedang hadapi."[48]